Wednesday, July 11, 2012

Keliru.

Kalau lah hati aku boleh jatuh cinta 3 kali sehari, alangkah indahnya. Tidak perlu menangis dan setia pada yang tak sudi. Mengharap pada insan yang tidak pernah aku miliki. Hati aku tergolong dalam tahun 1980an agaknya, sungguh klasik kerna susah untuk jatuh cinta dan percayakan kesetiaan, serta istilah apa-apa pun perlu lelaki yang mulakan dulu. Ego mungkin. Tu yang dah 3 tahun aku single. Usha usha tu ada...keindahan paras memang nikmat untuk ditatap..Tapi..hati aku hanya cintakan....arghhhh aku sendiri keliru. Aku takut! Aku tidak tahu. Aku....hmmm...persoalannya kenapa kenapa kenapa? Dan aku bencikan perasaan dimana aku merasa tidak tahu! Manusia atau kebiasaannya insan lain mencuba adalah untuk jatuh cinta atau menyintai seseorang. Tetapi mengapa perlu aku berada dalam kategori mencuba untuk TIDAK jatuh cinta. Bukan kah itu tidak normal? Kau fikir aku nak sangat ke berada dalam kekeliruan begini..aku takut. Takut yang aku tidak boleh jatuh cinta lagi. Takut untuk mencintai tanpa dicintai..dan aku paling takut, dicintai namun aku yang tak bisa menyintai...payah bukan? Biar hati ini yang lara dari menyakiti insan lain yang tidak bersalah..eh,jangan disalah faham...aku jujur aku normal. Maksud aku, aku wanita yang mendambakan kaum Adam bukan sejenis. Dan bila tahap dimana aku keliru melampau..aku menangisi kekeliruan itu. Buntu. Hati terkeliru mengapa kepala yang mahu dihantukkan.. Tapi ajaibnya, sebenarnya semua manusia diberi kelebihan untuk jatuh cinta 5 kali sehari. Pada yang Esa :) Salam.

Thursday, July 5, 2012

Ditujukan buat Anje

- Dalam Diam -


Oh..Dalam diam
Cinta dalam diam
Ku pendam

Bila disisi
Tidak mahu mata ini berkelip
Walau sesaat agar hilang kerinduan

#
Senyuman mu
Mencuri hatiku
Gelak tawa mu
Mempersonaku
Lunak suara
Bahgiakan sentiasa
Telatah ceria
Ingin ku turut sama menggila

Bila dihadapan
Ku terdiam tiada terkata
Cukup dekat
Tidak mampu ku gapai miliki

Dan dalam diam
Bila dihati
Yang ku rasa pasti
Mustahil untuk ku dicinta

Ulang #

Siapalah aku
Hanya menyinta dalam diam
Ingin ku menjadi suri hatinya
Malangnya, dia sudah berpunya