Tuesday, May 29, 2012

Sendiri


Aku sudah tiga tahun sendiri. 
Bukan menyendiri. 
Tapi belum bertemu dengan insan yang juga sendiri 
dan mahu turut sama berdiri.
Hidup perlu berdikari.
Sehingga berjumpa insan yang berjaya membuat kau menari.
Fikiran melayang terbang pergi.
Siapa yang mahu bersendiri?
Semua mahu dikasihi.
Bukan dikasihani.
Aku mampu mencintai.
Tetapi tidak dicintai.


Di mana engkau Raja Hati...

Sunday, May 27, 2012

Terukir di bintang Eps.9

Keputusan semester ini sudah tidak lama lagi  untuk di hebohkan pada semua. Sudah agak lama tidak berhubung sesama kita. Malam keputusan itu, awak mulakan bicara. Indah bila nervous dikongsikan bersama. Portal memang sesak di kerumuni anak-anak muda yang tidak sabar hendak tahu keputusan peperiksaan. Telefon bimbitku akhirnya mendapat notifikasi. Email telah masuk. Tapi untuk berlaku adil, kita bersama bersetuju untuk memberitahu keputusan masing-masing, serentak. Sempat berdoa bersama. Hati bagai nak runtuh apabila keputusan semester ini, aku jatuh menjunam, markah subjek itu kita seri dan keseluruhannya awak lebih baik.

Setelah berminggu baru diri yang kau gelarkan bebal ini tahu yang sebenarnya keputusan aku meningkat sebenarnya. GPA dan CGPA aku terkeliru. Bebal. Haihhh...lupakan

Flashback lebih lama. Ingat lagi petang-petang itu, sedang kau enak di belakang rumah aku hubungi, sebab rindu. Pertama kali kau kenalkan aku pada ular peliharaan kau. Dan kau tipu ada banyak buaya jugak di sana. Aku pula tanpa segan silu merenggek agar kau pindah dari tempat itu, kan bahaya..nanti mati macam mana? Bila dah sayang, amat takut aku pada istilah, kehilangan. Sekali lagi kebebalan terserlah, aku pasti itu ular plastik! Ya, plastik. sebab kebiasaannya ular akan berbelit di tangan, tapi ular peliharaan kau melingkar sahaja, kaku. Mengaku lah cepat, itu ular mainan kan sayang?

Flashback lagi lama. Pemergian aku pulang ke Singapura, pergi membawa diri yang baru sahaja kehilangan kau. Jujur aku lari dari masalah. Bawa hati yang seribu pilu ke seberang. Dalam hati berharap, mana lah tau kau kejar aku di lapangan terbang. Oh, seperti dalam filem bukan? Aku harapkan begitu. Sedih dan air mata yang mengalir jangan kau tanya. Dalam kehilangan, aku masih takut untuk terus hilang. Bukan mudah sorokkan air mata, aku buat kerja gila naik Skyline, Sentosa Island yang tinggi itu untuk cuba sesuatu yang baru. Mungkin lepas ini, aku akan cuba Bungy Jumping pula. Mungkin tarikh kau berkahwin *Senyuman bohong* semasa ketiadaan aku di Malaysia, khabar mengejutkan tentang amaran Tsunami. Sungguh aku risau, aku risau. Rendahkan ego untuk menghubungi kau dan bertanyakan khabar. Saya takut kehilangan awak selama-lamanya, mungkinkah pemergian ku ini juga bersebab apabila tempat yang aku tuju pada esoknya juga turut mendapat amaran sedemikian. Kau agak marah apa aku degil juga harus pergi ke sana. Sayang jugak kau dekat aku kan?

Sayang, awak ingat lagi tak.........

#Episod 10

Akhirnya bertemu Z.A

Agak setahun ketinggalan.
Walau sudah ramai yang memilikinya, namun aku baru sahaja membelinya.
Wang saku agak terhad di dalam kocek.
Bangun seawal 7 pagi dari Putrajaya ke Subang Jaya.
Sehingga 1 petang duduk di pejabat ibu.
Kemudian makan, menunggu dan menunggu lagi.
7 malam berangkat ke Space U8 untuk berjumpa orangnya.

Siapakah gerangan nya?


Zahiril Adzim.

Kali pertama bertemu mata dengan penulis buku Bogel Menuju Tuhan. Ramah orangnya. Ibu, ayah serta isterinya Shera Aiyob juga mesra bertemu aku. Bertukar nombor telefon dengan ibu beliau untuk urusan jual beli akan datang. Harapnya dapat bertemu lagi dengan Zahiril dan keluarganya, mungkin kali berikutnya bersama sahabatku Aleena, peminat tegar Zahiril.


Indah dengarnya bila Zahiril panggil aku Fa dan bukan Fa'a seperti sesetengah orang yang kebiasaannya memanggil aku begitu untuk meng-hanjing. Hahaha. Belum boleh ku ulas lanjut tentang buku puisi ini, oleh sebab belum lagi merasmikannya. Kesimpulannya, kenangan yang indah.

Wednesday, May 23, 2012

Apa perlu saya buat?

Saya cintakan budak sawah padi tu.

Saya faham dengan jelasnya dia tidak cintakan saya, tapi sekurang-kurangnya saya masih berhak untuk cintakan dia kan?

Tapi kenapa begitu kejam permintaan nya sampai saya perlu lupakan semua perasaan saya.
Dan hanya perlu anggap tak lebih dari kawan.

Oh, sungguh membunuh permintaan itu.

Kau fikir jika kita masih berkawan rapat aku akan dapat lupakan kau dan padam semua cinta ini?
Ini semua kerja gila lah. Jujur aku tak boleh. Tapi kepada siapa hendak aku mengadukan.
Kau langsung tak beri aku peluang untuk aku luahkan segala luka yang aku pendam.

Adil ke macam ni?

Ya, memang seharusnya aku hargai yang kau masih sanggup berkawan dengan aku.
Tapi takkan lah aku harus cintakan kawan baik aku dalam diam dan langsung tak boleh nak miliki.
Apa semua ni? Aku memang tak faham.

Mungkin sebab, suatu hari nanti kau akan bebas berkata. Eh, selama ni kita kawan je kan?
Aku tak pernah janji apa-apa pun. 
Kalau kita bercinta nanti terjerat pulak.

Ini semua gila lah. Pening kepala aku memikir kan.

Jujur sakit sangat, bila aku ibarat macam di haramkan sama sekali cintakan orang yang aku cinta. Apa semua ni? Kenapa sampai macam ni tak layak nya aku. Kenapa sampai macam ni kau hukum aku.

Saat ini jujur, aku memang tak boleh cintakan orang lain. Tak boleh. Aku sayangkan seseorang bukan boleh di tukar ganti 3 kali sehari. Aku buntu sangat-sangat.

Mungkin, awak lakukan semua ini kerana ianya yang terbaik untuk saya. Untuk kita. Tapi awak perlu tahu, cinta saya pada awak membuatkan saya sangat luar biasa.

Terus tertanya-tanya aku, adakah aku begitu kuat untuk melepaskan kau jadi milik orang lain.


P/s : Yang paling menyakitkan adalah, mengapa awak begitu yakin dan pasti yang sampai bila-bila pun  memang kita tidak akan ada peluang untuk bersama.

Monday, May 21, 2012

Terukir di bintang Eps.8

Awak tahu tak yang saya masih impikan kita macam dulu? lupakan semua ini dan mulakan yang baru. Awak, awak cintakan saya kan? jawablah. pandang dalam mata saya dan kata awak tidak cintakan saya. Sungguh saya takut tamat tempoh yang di berikan hampir tiba dan saya masih lagi tidak boleh tunaikan permintaan awak. Saya sedar saya banyak kekurangan jika di bandingkan perempuan lain. Saya tahu dengan mudahnya awak akan jumpa pengganti diri saya, pengganti yang jauh lebih baik dari saya.

FLASHBACK. Antara saat terindah bila awak sudi nak teman saya ke Induk untuk dengar wacana petang tu. Bestnya dapat duduk sebelah awak dalam bas. Rasa macam nak baring dekat bahu awak je sebab saya memang penat sangat waktu itu, tapi segan. Bila dah sampai kita pergi makan dekat cafeteria, waktu makan sebenarnya wacana dah nak mula tapi pergi makan dulu lah. Saya sememangnya suka teman awak makan, nanti awak mesti tanya saya nak minum apa. Sirap? Kemudian awak akan belikan untuk saya. Habis sahaja makan kita masuk ke dewan, ramai jugak orang datang haritu, untuk melihat kamera boleh terbang itu. Tapi saya tak focus sangat pun dengar wacana itu, lagi suka tengok awak disebelah saya. Kita lukis-lukis gambar, fashion baju dan awak tanda tangan buku saya. Sampai sekarang ada lagi semua tu, saya tak padam dan tak koyak. Kita dapat makanan percuma haritu itu, pegang makanan sambil tunggu bas. Sempat lagi bergambar waktu itu. Ingat lagi tak kenapa kita tangkap gambar? hahahaha. Paling kelakar awak cuba snap gambar belalang yang ada dekat peha saya, tapi awak tangkap gambar memang tak cantik. Bas pun sampai tapi balik kita tak dapat duduk bersebelahan sebab bas penuh, awak duduk di kerusi depan saya. Sampai sahaja di destinasi kita duduk di gazebo dan ber-picnic dengan makanan percuma tadi. Comel kan? Awak ada tangkap gambar saya waktu itu.

Eh, awak sampai sekarang ye masih perli saya tentang isu tangkap gambar di papan tanda fakulti itu. Jahat betul, masih tak puas hati ye tak dapat jadi photographer? Esoknya saya memang betul tangkap gambar di situ. hehehe.

BACK TO PRESENT. Saya memang buat silap malam itu dengan berkata tidak. Kalau lah saya setuju makan malam dengan awak pasti tidak jadi macam ni kan? Itu lah puncanya perpisahan kita. Saat-saat akhir semester, kita langsung tak bertemu macam orang lain. Walau akan ada cuti 2 bulan yang panjang namun awak pergi tinggalkan saya tanpa berkata apa-apa. Kesalahan yang sangat besar ke saya buat sehingga saya dihukum begini? Saya cuba untuk positive dan menjadi kuat, sungguh saya sedih dengan tindakan awak. Sehingga sekarang kita masih lagi tidak bertemu. Tidakkah awak ingin jelaskan kenapa dan tidakkah awak rindu kan saya? Tahu-tahu sahaja awak sudah sampai ke kampung, awak tutup telefon bimbit awak berhari-hari tanpa berita. Tapi lepas saya dapat tahu awak sudah selamat sampai, tidak mengapalah saya maafkan. Kalau lah perempuan lain di tempat saya pasti sudah berkaca mata diperlakukan sebegini.

#Episod 9

Sunday, May 20, 2012

Maaf untuk semua.

Maaf mummy, saya terpaksa bohong.
Setiap kali awak tanyakan pada saya, samada saya mencintai seseorang. Saya sekerasnya akan menidakkan perkara itu. Maaf saya bohong. Saya bohong. Saya amat mencintai seseorang, tapi saya tak boleh untuk miliki dia. Saya sendiri terpaksa untuk melupakan dia atas permintaannya. Saya bohong mengatakan saya tidak mahu fikirkan cinta dan tiada insan di hati saya. Itu semua tipu. Saya terpaksa, oleh sebab saya tidak mahu awak tahu apa yang sedang saya lalui. Jujur di mata saya, air mata ini tidak mahu saya perlihatkan pada awak. Ya, saya bohong tentang semuanya. Saya terpaksa membuat awak terus tertanya-tanya tentang perhubungan kami. Kenyataan yang saya sendiri belum boleh terima, yang sebenarnya kami tidak lagi bersama. Biarlah sampai bila-bila awak tak tahu sebabnya kenapa. Maaf sekali lagi, sebab saya memang sudah tidak berani mahu kenalkan dengan siapa lagi saya berkawan, sebab saya takut bila saya harus memberitahu awak yang perhubungan itu sudah berakhir. Maaf kan saya.

Maaf sahabatku, aku juga bohong padamu.
Sehingga hari ini, sejujurnya aku bohong. Aku masih lagi sayangkan dia. Aku bohong yang aku sudah dapat melupakannya. Aku bohong yang aku sudah berhenti menangis berpisah dengan. Aku bohong agar kau tidak lagi risau tentang aku. Biarlah hanya aku yang merasa derita ini. Maaf, sejujurnya aku masih tidak dapat melupakan dia. Aku lemah. Aku bohong, dan aku langsung tak mampu untuk teruskan hidup tanpa dia. Hari demi hari, tidak pernah sekali aku tidak teringat pada dia. Aku bohong mengatakan yang aku gembira melihat dia bersama orang lain. Aku bohong yang aku tidak lagi endah dan memikirkan dia. Bukan awak tak penting untuk tahu tentang semua ini, tapi saya tidak mahu lagi membebankan awak. Maaf kan saya. 

Maaf sayang, saya masih lagi tidak dapat berhenti berbohong.
Dari hari pertama saya cintakan awak, sehingga hari ini sejujurnya saya masih lagi tidak berhenti fikirkan tentang awak. Saya bohong yang saya tidak mengharapkan awak balik dalam hidup saya. Saya bohong saya tidak harapkan yang awak juga mencintai saya. Saya bohong yang saya tidak lagi mencintai awak. Saya bohong yang saya tidak langsung cemburu jika awak mencintai orang lain. Saya bohong yang saya kuat dan boleh hidup tanpa awak. Saya bohong yang saya tidak langsung rindukan semuanya tentang awak. Saya bohong yang saya tidak perlukan dakapan awak saat saya jatuh. Saya bohong yang saya akan tunaikan permintaan awak untuk melupakan semuanya tentang kita sepanjang tempoh yang awak berikan ini. Saya bohong yang saya tidak mengharapkan awak untuk menghubungi saya sekali-sekala. Saya bohong yang setiap kali telefon bimbit saya berbunyi dan saya tak harapkan itu dari awak. Saya bohong yang saya bencikan awak. Saya bohong yang saya tidak lagi menangis kehilangan awak. Saya juga bohong dapat mencari pengganti diri awak. Saya juga bohong yang saya bahagia tanpa awak. Maaf kan saya.

Maaf awak, saya tidak bermaksud untuk berbohong pada awak.
Jujur saya sedang cuba sehabis boleh saya untuk lupakan dia dan beri awak peluang untuk menjadi milik saya selamanya. Saya bohong sebab saya cuma tidak mahu awak bersedih. Saya bohong sebab saya tidak berniat mahu lukakan hati awak. Saya bohong sebab saya tidak mahu patahkan hati awak. Saya bohong sebab saya masih perlu waktu untuk mulakan hidup baru. Saya bohong sebab saya perlu betul-betul cintakan awak sebelum saya dapat bersama awak. Saya bohong yang saya tidak teringatkan dia semasa saya bersama awak. Saya bohong agar saya tidak menyakiti awak dan juga hati saya. Saya bohong yang saya bahagia tanpa cinta. Saya bohong pada semua yang saya tidak impikan untuk bahagia. Saya bohong kerana saya terpaksa. Saya bohong sebab saya sememangnya takut untuk jatuh cinta lagi dan saya bohong sebab saya takut awak sama sahaja akan patahkan hati saya seperti dia yang dulu. Maafkan saya.

Friday, May 18, 2012

Patriotik

Kali terakhir melihat sepasang mata itu
Perpisahan kita di stesen penghujung
Pemergian cinta berjuang untuk bangsa
Pengorbanan aku untuk semua

Perwira hatiku kini sudah tiada
Namun tidak mati cinta dihati
Tubuh ditusuk peluru sengketa
Tersenyum disana dengarkan kemerdekaan

Berjanji aku setia padamu
Kala melihat kau segak beruniform
Walau kau mungkir janji untuk pulang
Angkatan seperjuangan jadi pengganti

Sayangku si Leftenan
Tunggulah aku disana
Perjuangan mu untuk Negaraku
Perjuangan mu untuk Malaysia

Thursday, May 17, 2012

imbau

Tidak berguna lagi aku tinjaukan si dia
Hatinya yang curang pada aku
Tingkahnya penipuan semata-mata
Mindanya coretkan hanya wajah yang indah

Sepi yang membawa aku madah sebegini
Aku jeritkan pada semua menagih kasih
Memujuk hati jangan ingkar pada takdir
Berhenti harapkan pada yang tidak sudi

Makin benci aku
Bukan pada dirinya
Tapi pada hati sendiri

Harap esok ada pujangga karangkan aku puisi


Tuesday, May 15, 2012

Bahasa mudah

Inject atrium yang degil mencinta dengan virus-virus putus asa, sistem digodam.

Monday, May 14, 2012

AJ #1

Aku rasa sahabat aku merajuk dengan aku
Entahlah mungkin salah aku, sebab salah cakap
Barangkali.
Maaf.

Aku rindu kau.
Aku perlukan kau.
Maaf.

Mungkin aku sudah banyak membebankan kau.
Ruang ini biar masing-masing rindu
Mengubat segala dosa terpendam. Kau masih marah?

Tentang benci

Aku cukup benci orang yang menggunakan rupa paras mereka untuk duit dan menjatuhkan orang lain.


Kamu boleh sakiti aku.
Tapi bukan dia.

Pernah tak sekali sahaja dalam hidup kau, fikirkan perasaan orang lain.
Jangan sebab kau tak boleh, kau hukum orang lain.

Patahkan hati orang yang menyintai kau.
Itu hobi atau apa?
Apa yang kau nak sebenarnya dalam hidup kau?

Beritahu aku!
Kau gembira ke sebenarnya menyakiti hati perempuan.
Jangan sampai semua lelaki aku gelar tak guna.
dan jangan buat aku benci kau selamanya.

Buat orang berharap dan menunggu.
Hebat sangat ke jadi kacak?
Cintakan bayang sendiri dalam cermin.
Kau memang tak kenal erti menghargai.

Kau buat aku percaya dalam dunia ini ada perkara yang mustahil,
"yang manusia boleh berubah"


Di luar normal.

Aku seperti terkena sumpahan.
Selepas setiap pujangga mengenali aku.
Pasti dia bukan untuk aku.
Namun dia akan berjumpa orangnya.
Selepas aku.

Seperti aku perlu terluka.
Kemudiannya membahagiakan.
Insan lain.

Tapi mengapa aku di hukum begini?
Apa salah aku. Apa semua ni.

Bahasa mudah.

Atrium aku corrupt. Bukan salahkan sistem. Angkara cinta.

Sunday, May 13, 2012

Awak ,saya dan dia.

Hari ini aku berhadapan dengan lara lagi.
Hati seakan mendesak untuk kembali semula.
Kau hanya membuat aku menangis.
Dia sering buat aku tidak henti tersenyum.
Perpisahan yang lalu bukan kerelaan.

Aku mahu balik dalam dakapannya.
Pasti aku sakit. Ada penghalangnya.
Tapi sekurangnya dia tidak seperti mu.
Entah apa magik nya dia.
Walau bertahun menyepi.
Hati aku masih boleh jatuh cinta.

Kalaulah saya tak kehilangannya dulu.
Pasti sekarang saya tidak jatuh sebegini.
Aku mahu bangkit, namun ternyata.
Aku hanya mampu balik pada si dia.
Insan yang bertakhta sekian lama.

Berhubung sahaja hati mula curang.
Ya. Sebab aku pernah cintakan dia.
Tapi ternyata melihat kau dengan orang baru.
Aku menangis tersedu.
Buntu siapa yang hati ini lebih sayangkan.
Mencarut dalam hati membenci keduanya.

Sama sahaja sakitnya.
Apa yang harus aku lakukan.
Ajar hati aku berhenti untuk cintakan kau.
Hati ini tidak tahu caranya tentang pengganti.
Kembali pada yang lama, sakit.
Setia lebih sakit.
Atau ada baiknya aku hukum diri sendiri. Sendiri.

Terukir di bintang Eps.7

BACK TO PRESENT. Semalam saya mimpikan awak, awak datang dari jauh untuk melawat saya. Saya sengaja buat-buat tak nampak sebab saya takut kecewa salah orang. Tapi betul memang awak, saya rindukan awak. Rindukan kita. Saya sendiri tak pasti kenapa saya menangis kehilangan awak. Seperti baru semalam luka itu. Pertanyaan awak kadang kala tidak mahu saya jawab oleh sebab awak sudah tahu akan jawapannya, jadi mengapa di persoalankan lagi.

FLASHBACK. Teringat pulak hari di mana awak nak pergi membeli ticket bas itu, sebelum ke perhentian bas awak sempat lagi nak print assignment, jadi saya pun temankan awak ke kedai itu. Indah rasanya jalan berdua dan bila saya tidak dapat turun dari tebing itu, awak hulurkan tangan lalu bantu saya untuk turun. Saat itu, saya rasa indah sangat. Walau dah hampir semester pengakhiran namun itulah kali pertama saya ke kedai pencetakan itu, segan yang teramat sangat bila kakak kedai tu pandang dan senyum-senyum melihat awak hulurkan air susu kotak yang baru awak beli kepada saya. Walau sebenarnya, awak langsung tak tahu yang saya tak suka minum susu. Tapi sebab awak, saya minum jugak air susu itu. Minum sikit je kemudian saya beri semula kepada awak, kakak-kakak di kedai itu semuanya bercakap tentang kita waktu itu, apa tak nya kita kongsi air kotak yang sama, bagi saya moment itu sweet sangat. Tapi sebab saya malu sangat saya keluar dari kedai itu sebentar dan ke kedai runcit di sebelah, seperti mahu menjerit sahaja. Jeritan gembira dan malu.

*Awak tertidur dan tidak ke kelas petang itu, tak pulak saya sangka tweet suruh kejutkan itu ditujukan pada saya. Lumrah drama di twitter, kalau benda buruk cepat aje semua terasa..kalau benda baik semua malu, eh..tweet tu untuk aku ke? hehehe...tapi sebab hendak cepat ke bilik pensyarah dan ke kuliah saya betul-betul tak perasaan tweet tu. Jadi saya tak kejutkan dan awak pun ponteng kelas itu. Comel je time tu saya sign kan attendance awak sebab haritu pulak lecturer suruh sign untuk 4 kotak sekali. Sama memang pakar tiru tanda tangan dan saya pun apa lagi tolong awaklah...hehehe...

Selepas kelas, saya suruh awak siap dalam masa 5 minit dan tunggu di depan guard. Saya nak menculik awak dan nak ajak awak keluar makan and first time nak rapatkan awak dengan abang saya. Tapi macam biasa awak memang ambil masa sikit untuk bersiap,yelah nak handsome-handsome. Hahaha. Masuk je dalam kereta,kita dua je kat belakang best jugak dapat spend time. Then kita pergi makan Pecel Lele yang sedap wokk, kat area ampang. Entah bila nak dapat makan free lagi..hehe..pastu balik ke kolej awak duduk kat depan, abang saya bocorkan rahsia yang saya takut hantu. Awak pun asyik sakat saya je lepas tu..

#Episod 8

Tahniah kakak.



Dear Sharmilla Illani, I love you kakak. I'm so proud of you. Congratulation for you Diploma. Can't wait for my turn next convocation. You always been there when I need you the most. I'm glad to be there when you need me the most too. Please don't ever leave my life and say that you don't love me too. I can't imagine my life if I have to loose you after I have lost him. Please don't fade your smile even if I'm no longer around okay. Salam. =)

Friday, May 11, 2012

Terukir di bintang Eps.6

Saya rasa macam nak bersendirian sebab stress je haritu. Saya memang selalu rasa nak ke taman dan keluar aja dari kawasan kolej...yelah sebab dalam tu rasa kecik sangat. Sesak. Tapi awak pula ajak saya ikut awak teman ke stesen bas, awak nak balik kampung esoknya dan belum beli ticket. Hehehe...awak sangkakan itu kali pertama saya ke stesen bas itu, tapi sebenarnya itu dah kali ke dua..sebab saya pernah turun dekat stesen bas tu masa balik dari percutian dengan kawan-kawan dekat Pangkor dulu. Best jugak dapat teman awak pergi beli ticket bas. Kalau dapat hantar awak nak naik bas balik kampung..lagi dramatik kan? hehehe...dalam perjalanan nak ke stesen bas tu, saya yang duduk seat belakang asyik tengok je muka awak dekat side mirror. Paras rupa awak indah dan saya sebenarnya berat je nak lepaskan awak balik kampung. Tapi saya faham, awak rindukan keluarga awak dan saya nak awak happy balik kampung.

Lepas dah beli ticket, kita terus pergi klinik. Comel sangat time tu, saya kata.."Eh,bayangkan kalau budak-budak kolej nampak kita kat klinik ni, mesti dorang fikir lain kan? yelah, sebab kita tak pergi klinik dalam kolej tapi pergi klinik luar..dah lah klinik tu banyak parent yang bawak baby..hehehe..." akhirnya masuk jugak dalam klinik sebab lenguh berdiri kat luar klinik. Lama jugak tunggu kawan awak amek injection allergic. tapi saya okay je sebab awak ada kat sebelah. 

Kemudian kita ke TTDI jaya untuk makan petang, eceyh..makan malam kot rasanya sebab makan nasi apa semua..hehe...itu first time rasanya kita makan dekat luar sama-sama dengan kawan awak..dari satu kedai ke satu kedai..saya tak kisah sebenarnya makan dekat mana-mana cuma kawan awak tu kecian dia kena makan benda yang dia tak alahan. Sepatutnya malam tu janji nak berjumpa tapi awak tak sihat, awak selsema...walau saya dah siap and tunggu kat bawah tapi takpe lah..saya faham..dalam sehari tak sepatutnya 23 jam kita berjumpa..awak juga perlu ruang dan masa. Mungkin ni first time saya rasa ada seseorang dalam hidup saya, jadi saya asyik nak jumpa awak je..hehehe..mata awak tu, cantik sangat. Indah. tapi bukanlah saya sukakan awak sebab rupa..tapi ada dalam diri awak yang buat saya mahu cintakan awak kerana Allah..apatah lagi setelah tuhan menghadiahkan awak dalam doa saya...

Tak boleh saya bayangkan hidup saya tanpa awak..dan saya pernah beritahu kakak awak yang saya tidak akan pernah melepaskan awak pergi sebab saya sayangkan awak cuma saya akan terpaksa lepaskan jika itu permintaan awak..walau kadang kala cara awak terhadap saya membuatkan saya menangis..tapi saya terus bersabar dan telan segala pahitnya..sebab saya yakin setiap yang berlaku bersebab..dan saya perlu kuat dan tabah sebab saya cintakan awak dan terima awak seadanya.. Awak, saya masih sayangkan awak.

#Episod 7

Hijab.

Semalam sebelum tidur ada berdoa agar esok hari aku dapat menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Dan alhamdullilah, pada hari jumaat yang indah ini...aku rasa mcm nak hijrah. nak mula menutup aurat. Bertudung. Ada berbincang dengan tasha, tanya dekat mana nak beli..jenis macam mana yang saya suka..and nanti maybe kiteorg nak ke masjid india untuk beli. Doa-doakan saya ditetapkan hati untuk perubahan ini. Tidak mudah sebenarnya, kalau boleh memang kalau sekali dah pakai, saya dah taknak bukak-bukak. Saya akan cuba slow-slow dan bila dah sedia saya akan kekalkan.. Dalam cuti sem ni saya ingat nak try pakai tudung and biasakan diri, so nanti saya akan jadikan ianya diri saya yang baru.

Cuba sebaiknya untuk tidak tinggal solat dan menutup aurat. Bukanlah nak menunjukkan yang saya baik tapi cuba berkongsi tentang diri saya yang serba kekurangan ini. Saya tidak mahu lagu merasakan bakal kerjaya saya yang menghalang diri dari saya menutup aurat. Insyallah, saya akan cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik. Allah dah memberikan saya rezeki dan kehidupan ini, mengapa perlu saya mengingkari suruhannya serta meninggalkan larangannya. Saya mahu bersyukur atas segala nikmat kurniaanNya.

Semoga saya dapat menjadi insan yang lebih baik di esok hari. Amin.

The Art of War


Lepas tengok Battleship kali ke-2 semalam, terus pergi MPH and beli buku ni. Ada banyak bahasa buku ni, tapi oleh sebab dlm poket ada RM20 je jadi saya pun pilih untuk beli yang versi bahasa melayu. OH, lupa nak bagitahu buku ni Rm23..hehehe...lg 3 ringgit mummy sponsor...hehehe.. Bukan apa, saje nak baca buku yang dah lama terkenal ni, even baru je tahu pasal buku ni...orang lain dah lama dah baca..hehehe..tapi if ada lagi buku-buku yang best, rekemen lah...minat jugak nak baca buku-buku yang macam ni...novel saya tak minat sangat...actually buku apa pun, kurang minat membaca sebenarnya tapi sejak baca Art of War terasa macam nak start baca buku yang hebat-hebat, manalah tahu satu hari nanti..I CAN SAVE THE WORLD....dah macam feeling-feeling superhero lah pulak.. Pffft...

Kalau lah saya bijak teringin jugak nak belajar fizik ke medik ke, or penerbangan...yelah..nanti boleh berkhidmat dengan negara..hehehe...yelah, sekarang ni saya belajar filem je..kalau satu hari bumi jadi mcm dlm filem battleship tu, saya tak boleh tolong apa-apa pun...hehehe..."terpengaruh banyak filem aku ni sebenarnya". Apa pun nak bagitahu yang Art of War yang aku tengah baca ni ada 13 bab...kalau korang nak tahu apa element-element nya kena lah baca buku ni..yang menariknya bukan sahaja untuk peperangan tau malah boleh adapt dlm business, sukan, etc. =)

Wednesday, May 9, 2012

Kata hati.

Sampai saya betul-betul redha untuk melihat awak bersama orang lain, baru saya akan kembali. Kata orang, jika kita sayangkan seseorang kita perlu berkorban bagi melihat dia bahagia bersama dengan orang lain. Kala ini, saya sedang lalui saat-saat yang tak mudah. Hati masih berharap awak kembali. Jujur saya tak kuat nak lawan perasaan ini.

Sepanjang perpisahan sementara ini, entah berapa banyak lagi rahsia dan penipuan antara kita. Saya tak pasti adakah saya akan terus menyintai awak. Terlalu banyak tangisan sehingga saya lupa mengapa saya cintakan awak pada mulanya. Tak perlu awak jelaskan apa-apa pada saya.

Dan saya tidak mahu lagi awak berpisah dengan orang yang awak sayang, sebab saya.

Terukir di bintang Eps.5

Saat ini, saya sedang rindukan awak. Tapi mungkin awak langsung tak rindukan saya, jadi saya masih mahu teruskan begini. Sehingga saya dapat lupakan awak sepenuhnya. Saya takut, saya tak boleh nak tengok awak jadi milik orang lain, jadi sebab itu saya terpaksa buat macam ni.

Awak masih ingat, dalam hujan kita berkongsi payung yang sama untuk pergi makan. Saya ingatkan mungkin dah tak jumpa awak hari itu. Mungkin hujan kita dapat harungi bersama, tapi tidak dugaan ini. Kita sering juga pesan minuman yang sama kan? tapi awak suka pesan makan yang set 1,2,3,4 yang ada keropok tu. Dan awak perlu ingat tau sampai bila-bila, saya tak suka makan dekat dalam kolej tu. Tak sedap! Saya ingat lagi waktu mak saya sakit, awak orang pertama yang saya mengadu. Waktu itu, saya takut sangat. Takut kehilangan mak saya. Awak merupakan pendengar yang setia, sanggup dengar kelemahan saya waktu itu. Balik dari hospital, suram. Kakak awak terus hubungi saya dan ajak ke teater,supaya saya tidak menangis sendirian. Perasaan waktu tu bercampur baur, takut dgn teman-teman yang salah anggap dan macam-macam. Kita ada amek gambar lagi kan lepas teater tu? Entah bila lagi dapat macam ini. Lepas teater, makan nasi lemak. Saya dah gastrik pun time tu...awak sweet sangat belikan sugus..hehehe...pastu awak ada tanya nak kulit limau ke? perut saya memang sensitif kalau dah masuk angin memang loya je. Time dalam kereta sebenarnya saya macam nak pegang je tangan awak,tapi tak manis lah pulak, lagi pun saya masih celaru dan risaukan mak saya. Cuma nak kan kekuatan dari awak.

Thanks sebab awak sudi pakai t-shirt yang saya bagi tu. Besar sikit kan? tapi comel lah bila awak pakai. Kita nak pergi makan malam kan time awak pakai baju tu. Saya ingat lagi, saya marah sebab awak tak panggil nama saya, awak bunyi tikus tu..hehehe...saya okay je sebenarnya, tapi saje nak dengar awak sebut nama saya. 

Antara perkara yang terindah adalah dapat pergi P, I Love You dengan awak. Time tu saya saje nak make-up, konon-konon nak lawa-lawa sikit malam tu. hehehe... Awak pulak pakai baju hitam waktu tu. Lepas tu kita pergi makan nasi lemak lagi, tapi sebab dah lewat malam jadi kedai banyak dah tutup. Kita ada jugak main lukis-lukis gambar masing-masing waktu tu, tapi lukisan saya tak cantik! kena bahan lagi sebab tak pandai lukis arrow =( awak lukis apa pun pandai, saya cemburu.

Eh, ingat lagi tak time penat lepas shooting tapi saya tak nak naik blok, awak ternampak siput babi dan nak seret saya naik atas macam siput tu jalan ensot-ensot! awak kejam! hahaha...bagi saya gelaran siput pulak tu..

#Episod 6...

N.


You are like the Necklace that i wear. Close to the heart. I can simply take it off, but I don't want to.
Precious. 

Terukir di bintang Eps.4

Sebelum ni tak pernah ada orang pernah bantah jadual saya. Awak orang pertama yang berani suruh saya pergi makan dulu sebelum pentingkan kerja. Dan awak juga orang pertama yang pernah saya dahulukan sebelum benda lain, untuk awak saya sanggup curi masa saya sedikit. Walau sibuk dengan persiapan untuk penggambaran tapi saya curi masa untuk teman awak makan tengah hari. Walau sebenarnya saya dah makan, tapi teman awak makan..tengok awak makan pun okaylah. Tiba-tiba seseorang lalu lalang dan nampak saya dengan awak. Dia seolah-olah mengerti siapa sebenarnya di hati saya dan awaklah orangnya. Mereka faham, tapi belum sempat saya jelaskan semuanya dekat si dia. Saya ingat lagi waktu, seseorang menarik lengan awak dan mengatakan yang awak rampas saya dari orang itu. Saya agak emosi tentang isu itu, di depan orang ramai, salah saya, tapi awak yang kena. Saya hargai sangat-sangat sebab awak faham dan tak menyalahkan saya.

Saya agak sibuk untuk penyediaan bahan-bahan untuk penggambaran. Berat jugak tugasan walau cuma pembantu pengarah. Sebelum ke lokasi awak ada mengatakan good luck pada saya. Dan sebelum berangkat tu juga Si gentleman ada berhubung dengan saya untuk berjumpa. Namun tugas lebih penting, saya lupakan semuanya dan focus dengan kerja. Telefon bimbit saya entah ke mana, battery nya pun habis cepat sekali..memang Torch tu rosak pun. Biar jelah. Sebab terlampau sibuk, saya langsung tak berkesempatan untuk tweet pun. Awak kata awak rindukan saya waktu tu. hehehe.. Rasa macam nak shooting hari-hari je biar awak sentiasa rindukan saya, macam saya rindu kan awak. Walau sibuk bekerja, 3 hari tidur tak lena tapi saya ada juga curi-curi teringatkan awak. Bila nak tidur atau ada masa lapang 5 minit sekalipun saya akan hubungi awak. Walau penat, saya tetap pergi makan malam dengan awak. Sebab dah berapa hari tak jumpa. Rindu. Sebab tu saya kata, kerana awak saya sanggup curi masa untuk bersama.

Oh, lupa pulak..tentang assignment saya, Mrs. Wallet saya harap awak suka. Okay tak video tu? Sejak kenal awak, awak jadi penting sangat dalam hidup saya. Setiap apa saya buat, saya bagitahu awak. Harapnya awak bangga dengan shortfilm kami. Walau awak tak ikut shooting tapi harap awak sokong kerja saya. Dan sentiasa ada saat saya perlukan awak.

FLASHBACK. Awak ingat lagi tak makan malam pertama yang awak ajak saya? yang dengan kakak awak tu. Saya rasa macam princess je awak tarikkan kerusi untuk saya. Saya memang tergoda dengan sifat awak yang gentleman tu. Masa nak balik pun awak hantar sampai ke bawah blok. Banyak yang saya rindukan tentang kita.

# Sambungan di Episod 5

Terukir di bintang Eps.3

Awak masih ingat, kali pertama saya hendak mengambil gambar awak...awak malu dan tak bagi saya tangkap gambar awak. Lalu awak berpaling dan saya curi-curi tangkap gambar awak. Kemudian awak menoleh dan tersenyum, dan gambar itu lah punca nya semua ini.

Kehadiran awak buat saya rasa lain sangat. Awak buat saya ketawa dan lupakan semua benda. Bukan baru kenal, cuma mungkin dulu tak perasan. Saya sendiri tak tahu apa semua ni. Satu perasaan yang excited bila awak kata nak singgah tengok saya kerja. Melambai-lambai dan senyuman itu tak dapat saya lupakan. Esoknya oleh sebab saya menolong seseorang untuk angkat barang dua,tiga kali naik tingkat 5, saya lambat ke tempat kerja dan tak sempat jumpa awak. Rakan saya kata, kecian kau hari ini tak dapat tengok dia..hehe...saya berkata, kalau ada jodoh pasti jumpa. Kami pun duduk menunggu burger yang sedang di masak. Sudah agak lewat waktu itu, seseorang turun dari blok itu dan aku menyapa diri nya. Sejurus selepas itu, awak pula lalu yang entah dari mana, muncul macam tahu-tahu aje. Awak senyum dan berlalu pergi.

Saya sebenarnya tak berapa ingat ayat pertama yang saya berikan, mungkin kah bunyinya sebegini

I couldn't write a song for you
I couldn't sing a song for you
but I could make a video to say
I love you

Lebih kurang macam ni lah. Saya betul-betul tak ingat. Maaf. Hari demi hari makan rapat,tapi mungkin cepat sangat. Mungkin tak adil, dengan kehadiran awak,  saya patahkan hati orang lain. Dan saya juga hilang seorang kawan sebab perkara ini, yang saya sendiri tak tahu kenapa. Mungkin ada orang tak suka kita berkawan. Acara tarian tiang dalam studio, awak ingat lagi tak? hehehe..Gelagat gila-gila mereka buat saya ingat sampai sekarang. Nasib baik kita tak payah menari sekali, gunakan alasan belum berlatih untuk menggelak dari kena menari melucah itu.hehehe. Dan sebelum ke situ, saya ada curi-curi tangkap gambar awak lagi. Alunan piano itu kata awak, "tak akan pernah lupa"...saya juga harap begitu. Ini semua kenangan kan?

#Sambungan di episod 4

Shadow.


Bayangnya sahaja tak mampu untuk aku miliki,

Inikan pula hati orangnya.

Cactus.


Saya rindu awak, Nazrin Faizul.


I thought this is our first picture together =)


But actually this is our first picture together, masa semester 2..hehe

Disebalik tabir....Tragedia

Tragedia merupakan shortfilm pertama yang Faa Mohd join untuk shooting. Time ni gua baru nak berjinak dengan dunia belakang tabir. Sangat bebal ye time ni,hahaha...sekarang pun masih lagi sebenarnya! Masa shooting shortfilm ni dengan senior, aku satu hape pun tak tau. time ni conti pun aku tak tahu tu amende...hahaha...and time shooting ni aku budak art je. Susun-susun props. Tapi best bro! first time orang kata join shooting...batak sikit ah, time ni..hehehe...3 hari shoot, dalam bulan puasa masa ni, letih..but pengalaman shoot shortfilm ni memang priceless. thank you sebab sudi amek kita jadi crew. hehe..


Malangnya, Tragedia directornya tak upload dkt youtube. Yang ada pun Trailer yang di edit oleh rusydi amir. So this is the trailer. Enjoy!

Di sebalik tabir....Setelah ku berikan


Setelah ku berikan merupakan single terbaru dari Zahid Baharudin & Cat Farish. Tapi dalam mtv ada cameo from Bee.ru dan Dj Krates. Banyak gambar-gambar behind the scene tapi malas pulak nak upload. Korang boleh dengar sikit intro lagu ni dekat video atas ni. Mtv belum boleh release, nanti if album apa semua dgn mtv dah boleh bagi tengok, faa akan preview dekat blog ni. so stay tuned okay!




Banyak pahit manis shooting mtv ni, actually untuk shoot mtv ni merupakan assignment kiteorg, but after faa dah deal dengan abang Cat, so sudden ada masalah sikit dgn fakulti, all the equipment apa semua tak boleh kami pinjam. Sedih jugak lah, merajuk kejap. Aku hampir give up untuk shoot mtv ni...tak mudah untuk aku and kawan-kawan kelas aku nk harungi untuk siapkan mtv ni. nasib baik lighting dapat sponsor daripada lecturer. so, kiteorg pun proceed untuk shooting. banyak jugak duit habis dari pre-production sehingga post production.

Alhamdulillah, dapat wrap dengan jayanya and mtv ni pun dah siap. kalau mtv ni masuk Tv mesti aku nangis sebab hasil titik peluh kiteorg satu team dapat tunjuk dekat semua. Thank you sgt-sgt kepada semua crew-crew yang terlibat, jasa baik korang aku hargai sangat-sangat. Harap lepas ni akan dapat job untuk shoot mtv lagi, so ini merupakan port folio untuk kiterog. Apa-apa pun semua crew mtv mmg committed dengan tugas masing-masing, yang menyumbangkan duit untuk shoot mtv ni pun thank you sangat-sangat. Maybe mtv ni tak se-best macam yang korang harapkan but faa dah cukup berpuas hati, dari shoot lagu lain tukar shoot lagu ini, then Zahid jauh-jauh datang untuk shoot dengan kiteorg, mula shooting pun pukul 2 pagi..kiteorg wrap 6 pagi...bulan puasa pulak tu..hehehe...habis kemas barang apa semua dalam pukul 7 bersurai..macam-macam dugaan untuk shoot mtv ni..so aku harap Setelah Ku Berikan akan memberi impak yang besar lepas ni..

Thank you jugak kepada Abang Cat Farish yang bersabar and beri kepercayaan kepada kiteorg untuk shoot mtv ni...so all the best  untuk album KL-Pop! Jom ramai-ramai tunggu lagu ni jadi hit and ke udara di corong-corong radio. Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk menyiapkan mtv ni =)

Batu Gazebo.


Ini merupakan batu yang aku conteng untuk dijadikan 
props time shooting mtv classmate aku.
aku tolong dia shoot mtv ni sebab esoknya dateline untuk submission 
so aku saje tolong untuk dia sempat siap and dapat hantar assignment ni. tak sangka lepas hampir setahun batu ni masih ada dekat gazebo area fakulti aku. walau tulisan dia hampir luntur but still ada feeling-feeling "tulis nama atas batu" hahaha. Lepas terjumpa balik batu ni, aku pun berkata kepada Alee, "kalau lagi 10 tahun batu ni ada lagi kata sini, insyallah aku bakal apply jadi Dekan Fakulti...hahaha...berangan jelah! so kita tengok sampai bila batu ni akan ada dekat gazebo bersejarah itu... =)

Wedding photography.

Okay, ni first time aku join production Rusydi Amir untuk job wedding. Cuak weyh. Wedding kan live, tak macam shooting boleh shoot 3,4 take..memang penat lah nak pastikan semua moment di capture. Takut pun ada jugak, tapi untuk experience aku try sehabis boleh.

Gambar-gambar bawah ni, time kiteorg jadi official photographer untuk wedding kak Intan Nadiah, dia senior aku dekat UiTM. Dia dah kahwin,best nya lahai...aku bila ntah..hehehe...calon pun takde lagi ni..tolong carikan please! kalau ada abang ke kawan korang yang single, roger-roger. hahaha.

Untuk job wedding ni kiteorg cover dari Pre-wedding sampai majlis untuk kedua-dua belah pihak. Best jugak, snap moment  dari awal penggantin make up sehingga lah majlis selesai. Upacara akad nikah paling menyentuh hati sekali. Sebabkan majlis ada bertempatkan di Masjid, jadi saya bertudung untuk job photography kali ini.

 ni gambar kiteorg dgn penggantin =)
 faa dgn ridhwan amin (joy)
 me,hafifi hadi,ashraf,joy and dpn tu pa'an
 kami..
faa & rusydi amir

Ada job wedding bulan june ni, tapi aku cuak pulak nak amek sbb ATCP still tak cukup equipment. Plus, quotation apa semua pun tak prepare lagi...tengok lah macam mana...kalau aku amek job tu aku update! =)

Terima Kasih Malaysia Surat Cinta

Alhamdulillah, rezeki kami. Dapat banyak Like di Youtube dan berjaya masuk final. Kami dapat tempat ke berapa itu rahsia. Kena tengok lah video kat bawah ni untuk tahu kami menang ke tak. hehehe...

 dari kiri, eyqa,faa,farah and zana
yang ni saya lah =)

okay ni video asal yang kami submit untuk voting.


Dan ini pula video kami yang disiarkan di TV =)

Terima Kasih Malaysia Surat Cinta memang antara kenangan manis aku sepanjang Diploma ini. Hope dapat join competition macam ni lagi. Thank you guys, for watching.

Tuesday, May 8, 2012

Di sebalik tabir...Terima Kasih Malaysia

Hi.
Sejurus sahaja dapat task dari lecturer untuk class kami menyertai program My phone shorties,ramai yang dah dok pakat-pakat nak masuk satu team dan fikirkan idea untuk PSA 30 saat ini.Bayangkan dalam masa 30 saat yang singkat itu, kami di kehendaki untuk menyampaikan message kepada seluruh rakyat Malaysia "mengapa perlu kita menghargai Malaysia". At first memang aku takde team. =( semua taknak team dengan kita, sedih jugak lah. Apa tak nya first prize competition ni RM 10k, second prize RM 2k, third prize RM1k saguhati tempat ke 4 dan 5 dapat RM 500.

Akhirnya aku,  farah, eyqa and zana satu team. Dari batch aku kiteorg je junior. Gamble jugaklah semua perempuan. Sebab maximum untuk 1 group, 10 orang kami pun bergabung lah dengan senior satu sem atas kami, Nik dan Sham...so team aku sekarang dah 6 orang. 4 lagi kosong. Risau jugak aku team tu, kemungkinan besar group kami kena bubar dan kami kena serap masuk team lain. Nak di jadikan cerita, senior yang pernah aku shooting time part 2, tetiba dorang pun masuk competition tu jugak. Group dorang 4 orang, iaitu Faliq, Mike, Fariz and Azril. Tak sangka aku 6 orang junior bergabung dengan 4 orang senior yang memang gempaks.

Setelah bincang-bincang, Faliq nak jugak aku jadi Production Manager untuk task kali ni. Aku tak minat kerja PM, tapi terpaksalah jugak..kang Faliq telan pulak aku..hehe...dia dah lah garang. Sebabkan pernah shooting shortfilm Rembat dengan Mike and Faliq jadi kiteorg dah ada chemistry kerja sekali. Cuma Azril  yang tak rapat lagi time first day competition tu. Shooting day baru Fariz join kami. Skrip and storyboard semua Mike yang handle. Dari aspek cinematografi, camera work semua Fariz and Azril handle. Faliq big bos, dia producer untuk task ni. Farah,Zana dan Eyqa handle art untuk PSA ini. Sham dan Nik tolong shot scene-scene awal sahaja,sebab mereka perlu ke set penggambaran lain masa tu. Ada jugak 3,4 orang lagi crew-crew tambahan yang datang untuk tolong, semua kawan-kawan Mike.

Talent kami untuk project ni, seorang budak kecil bernama Aiman. Tapi ni bukan Aiman tak kisah, Aiman kisah. hehehe.. untuk pujuk dia berlakon, Produksi kami terpaksa bekalkan stock Milo yang banyak untuk bagi dia happy. Sebab kan Mike request nak suara budak yang unik, serak-serak basah audio untuk PSA ini menggunakan suara cousin aku, aidil. hehehe...kami cheat sikit tang situ. Acting orang lain suara orang lain. Cheat di dalam lokasi memang favorite aku, di situ kita dapat make believe kepada penonton dan mencantikkan lagi visual.

Banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi korang tengok jelah video-video ni. Enjoy! =)

Eh, lupa pulak nak bagitahu..kami shoot PSA ni sepenuhnya menggunakan Iphone 4 dan project ini di cetuskan oleh Digi dan Production Bapak Aku Punya.

KOTAK


Terima kasih kepada semua crew filem pendek KOTAK yang tak tidur lena 3 hari untuk menyiapkan shortfilm ini. Hope korang enjoy tengok shortfilm hasil titik peluh kami.

it's a Wrap guys!






Tulang Belakang Shortfilm KOTAK 

Producer: Alee Isa
Director: Zhafir Muzani
Screenplay: Zhafir Muzani and Alee Isa
Talent: Mohammad Efan, Aina Atiqah, Asha, Thariq Fadhli
Assist. Director: Faa Mohd, Farah Nabila
DOP: Jeycobs Leroy, Akwa Arifin
Camera: Fadhlan Khair
Art Direction: Fatin Syazana, Amzar Razali, Rahim Ramli
Production Management: Eyqa Razak, Sheikh Shamim
Editor: Jeycobs Leroy, Akwa Arifin

Disebalik tabir...KOTAK

Production stage.

 Zhafir, Farah, Eyqa, Tajul and Fadhlan

 LCD yang kecil share ramai-ramai untuk check focus
 Director and I =)
 my duty to prepare the clapper board before each scene
 the director of photography (Jeycobs) and I
 masing-masing muka penat @ puncak alam day 3 shooting
 setup Track untuk first shot
 fadhlan and akwa
 bila dah wrap, posing je kami
credit title asal =)

Rindu nak "menembak" dengan rakan-rakan. Malangnya semester 5 takde shooting. Filem pendek KOTAK merupakan project akhir kami untuk Diploma.

Papadom.


Harap-harap satu hari nanti dapat Shooting dengan Afdlin Shauki =)

Monday, May 7, 2012

Berpesan.

Jadi lelaki, jangan bertindik,jangan bertatu dan jangan potong!

Terukir di bintang Eps.2

Kau sebenarnya tak endah pasal hati aku. Bila aku menyepi, di situ kau tercari-cari. Mengapa perlu begitu? Apa yang kau nak sebenarnya? Aku tertanya-tanya adakah hobi engkau atau kau dibayar sebenarnya untuk patahkan hati aku? Berapa nilainya jika hati aku menangis? Pernah tak sekali je kau cuba selami betapa manisnya aku menjadi "perempuan itu". Kau gembira ke sebenarnya membaca aku terkulai lemah,hendak menguji kekuatan hatiku mungkin. Aku nak tanya, kau gembira ke sebenarnya buat aku sedih. Kalau itu buatkan kau tertawa,pergi main jauh-jauh. Jatuh cinta,bukan benda yang aku buat 3 kali sehari. Hati aku ni,payah sikit. Kalau aku sendiri memujuk hati aku untuk jatuh cinta tapi tak boleh,kenapa engkau senang-senang nak aku lupakan. Ini semua gila. Aku dah taknak tengok muka surat semalam,dan aku tak salahkan kau pun semua benda ni terjadi. Aku yang buat silap. Tak sepatutnya aku jatuh cinta. 

Sekarang di sinilah aku lari untuk cari diri aku balik. Tiada gangguan,tiada paksaan. Aku tenang kat sesawang ini. Bebas dari drama-drama. Akhirnya, I got my own time and space. Blog aku ni ibarat mcm gua yang aku tidak mahu ada penghuni lain singgah dan mengkaji segala apa tulisan di dinding. Cuma kata-kata aku untuk menjerit gundah gulana. Bila agaknya,bila aku akan jatuh cinta lagi? Aku yang dulu,sudah lama aku kuburkan dalam-dalam. Aku dah berhenti,lari jauh-jauh dari cinta monyet. Apabila aku sedia untuk mencari pemilik tulang rusuk, cinta tidak lagi hadir dalam kamus hidup aku secara dua hala. Asyik aku menyinta,aku tidak lagi merasa dicinta. Sedang menulis ini,aku sudah 3tahun membujang. Faktanya,dari dulu yang aku benar-benar cinta memang tidak pernah dapat aku miliki. 

FLASHBACK. Kalau dah sayang, bertahun-tahun sanggup ku tunggu namun jodoh tiada dia akhirnya couple dgn perempuan lain dan aku mulakan hidup baru. Kemudian aku terpaut pula pada si dia, memang aku sayangkan dia, tapi siapa dia dan siapa aku yang menjadi persoalannya. Sampai satu hari, aku jumpa si gentleman itu. Segalanya berubah, naik gila jugak bila terpaksa aku lepaskan dia sebab seseorang. Degup hati aku pada dia membuatkan aku patahkan 2 hati yang lain. Dia mengunci pintu hatiku,kuncinya dia bawak lari jauh-jauh. 2insan cuba mengetuk pintu hati. Entah macam mana engkau masuk ke dalam hati melalui pintu belakang. Selesa disitu. 

BACK TO PRESENT. Ya,aku sayangkan kau. Tapi atas sebab itu,kita tidak dapat bersama. Melupakan kau paling payah sekali aku nak pujuk hati aku. Ada juga aku terfikir untuk kembali pada si dia yang masih memegang kunci pintu hati aku,tapi itu mustahil. Ini kisah benar,yang bukan aku selindung..tapi cuma kau yang tidak pernah nak tahu. Bila dibaca mungkin kau anggap aku perempuan yang mudah jatuh cinta,tapi sejujurnya tidak. How i wish to fall in love is that easy. Sekarang jugak aku nak lupakan dia dan jatuh cinta lagi. Di fasa ini, aku tidak lagi mahu jatuh cinta. Aku impikan untuk jatuh cinta hanya sekali sahaja lagi dan berkahwin. Hahaha. Terlalu awal untuk aku yakin sebegini,tapi kita lihat sahaja apa yang di rancang olehNya untuk aku. Sekian sahaja episod dua.

Terukir di bintang Eps.1

Untuk kali ini, aku lebih sayangi diri aku. Maaf. Seperti yang kau kata,perlu sayang diri sendiri lebih dari segalanya. Jadi agar aku bersedia untuk melihat dan membaca tentang kekasih baru kamu di twitter. Lebih baik aku undur diri. I'm done! Sakit untuk aku telan semua ini. Whatsapp darimu pun tidak mahu aku balas,bersebab. Agar aku sepenuhnya melupakan tentang kita dan tidak lagi berharap agar kau datang balik dalam hidup aku. Aku perlu belajar untuk kejam,agar aku adil untuk tidak lagi menangis sebab kau. Aku biarkan sahaja twitter aku tanpa kata-kata akhir. Aku tak sanggup nak baca kau yang begitu gembira dan langsung tidak merasa apa-apa kehilangan aku. 

Twitter adakala begitu kejam dan tidak baik untuk kesihatan. Walau EGO menghalang aku untuk tweet. Tapi aku masih stalk kau. Aku akan cuba untuk jatuh cinta lagi. Maaf jika lepas ini kita tidak lagi bersahabat,tapi percayalah...itu sahaja cara untuk aku lupakan segalanya sejak tanggal 17 januari 2012.

3.45

Keputusan semester 4 agak menyedihkan bila pointer aku menurun ke 3.28, hampa. Tawar hati untuk print result. Mak aku yang beriya-iya mahu mencetaknya. Setelah hampir seminggu, baru aku sedar 3.28 bukan keputusan aku rupanya. CGPA dengan GPA pun membuktikan kebebalan aku. Hahaha. Tapi masih tak Dekan. Dari semester 1, belum pernah aku dapatkan pen anugerah dekan itu. Harapnya semester 5 yakni semester akhir ini, dapat aku graduate dengan bintang.

Bernafas kerna sentuhanmu.

Folder media dalam Blackberry. Masih ada gambar kenangan itu. Walau liriknya tidak ku hafal,tapi peristiwa itu seakan mustahil untuk di lupa. Tidak di rancang,bukan aku jangka dia nak menyanyi. Berbaju sesama biru juga kebetulan. Aku tidak lagi melihat video rakaman itu,malu di buatnya melihat muka sendiri dipegang tangan begitu. Menipu di pagi hari katanya mahu tidur, sedar-sedar dah dalam kuliah untuk kejutan. Kemudian aku yang terkejut. Antara moment paling sweet pernah aku alami. Tapi mungkin tidak akan pernah berulang. Adakala tertanya adakah dia menyesal berbuat begitu. Mengapa dia berbuat begitu juga sering aku tertanya-tanya. Nak kata sayang,bukan. Mungkin sekadar hiburan waktu itu. Lirikan mata buat aku tak focus mendengar dia menyanyi, tapi tertawa bila mendengar dalam laptop. Sedap ke eh? Hahahaha. Beberapa saat aku terasa seperti di awangan. Kini hanya tinggal kenangan.

Superhero.

Mata aku boleh berubah seperti Hulk cuma tak hijau. Aku manusia yang alahan pada ubat-ubatan. Payah kalau aku jatuh sakit,dadah modern dari makmal bahaya buat aku. Tuhan lindungi buah pinggang aku dengan caranya ini. Peristiwa kena injection malam-malam bertemankan Natasha Najwa kelakar sebenarnya. Gagah jugak pagi tu celik mata terus presentation. Jangan pulak kau nak lihat transformasi sampai letak panadol dalam cawan aku. Hahaha.

Rindu Eps.1

Melawat ke blog si dia. Singgah sebentar di sana. Point of view dia indah. Atas sebab tertentu tidak boleh rapat macam dulu. sedih. Apa yang di snap telunjuk menjadi pengubat rindu, selamanya.

066

Angka giliran di Seremban. Berjam-jam aku tunggu. 70ringgit Malaysia melayang. Aku penakut sikit isi borang. Tanggal 2Mei kini rasmi. Bahasa ringkasnya ATCP. Langkah yang aku pilih, aku sendiri tak pasti. Sejak azali aku rebellious. Apa yang hendak di buat belum di rancang,tapi ke mana tujuannya itu aku dah nampak. Bukan mudah bila kau 19 tahun tapi sekeliling memaksa kau untuk matang sebelum waktu. Berat yang bakal di pikul mula terasa. Yang tua bahkan yang muda mendesak sini sana. Telingga kiri kanan ya kan aje. Biarlah aku buat silap! Sebab aku mahu belajar dari nya. Hendak bermula perlu kuat fizikal mental. Tapi duit perlu ada bro. Bercakap tentang realiti. Aku bertatih menabung. Saat menulis entri ini RM20 sudah dalam kocek. Kita lihat dapatkah aku gapai bau 20juta. 

Filem terbahagi dua kategori, kau mahu berkarya atau mahu buat duit. Berseni itu kerjaya,tapi tetap periuk nasi. Kalau ke sudah kerja amal,sampai ke tua 5D Mark 2..3...4 aku tak terbeli. Ada yang menelefon untuk berkongsi,maaf. Beri aku masa untuk berfikir agar aku adil. Janji aku, kita tetap sebumbung. Bawah satu payung dalam industri. Agak-agak FFM ada chance tak? Hahaha... Berangan memang dalam DNA aku. Produksi bukan untuk populariti. Kau mahu pengarah terbaik atau pengarah paling popular! Itu semua tak penting. Dari detik ini aku bekerja keras demi untuk membelikan mak aku sebijik kereta AUDI. Tak sangka sejauh ini sudah perlabuhan aku ke Pulau Lakon Layar. Dari budak SPM yang keputusan entah apa apa. Di sekolah langsung tak pernah boleh jawab apa cita-cita, tapi kini bergelumang dengan seni layar. 

Semua aku mahu menembak, tidak hirau genre, asal boleh Camera Roll, adrenaline mula mengalir deras. Walau ada individu yang kurang suka dengan aku,tapi apa boleh buat. Aku garang. Satu semester sahaja lagi sebelum graduasi,kemudian gigih majukan ATCP. Ada rezeki sambung degree. Episod seterusnya; tercapaikah impian FM ke Hollywood.

Apa yang kau baca.

Saat blog ini di tulis mungkin kau dalam lena. Aku menulis bila aku nak menulis. Hari ini menulis, esok atau setahun kemudian menghilang. Berhabuk sini sana. Maaf jika cerita tunggang langgang. Typo atau saintifik nya ejaan ku sering salah. Bukan sengaja. Cuma berselindung agar kau tidak meneka apa yang tersirat.

Credit.

Renovate visual Terima Kasih Amirah Jafri.

Terukir di bintang

I'm done.

Menangis di piano.


Nama di beri Lucky.

Saat tiada siapa mendengar
Ingin diluah kata tanpa bahasa
Ayat adakala membunuh
Jangan lafaz kalau tak maksudkannya

Alangkah indah terjaga di Kota Perancis
Bermimpi tiada bayaran imaginasi
Bercita biar sampai ke angkasa
Bercinta bila sedia untuk diluka

Ku belai piano gundah atrium
Hitam atau putih tetap nota major
Bila tak kenal putus asa
Hati kuat tanggung erti derita

Menangis bukan lemah cuma jujur
Sekurangnya lebih baik dari kau berpura
Dan lagu ini bukan dicipta untuk kau
Cinta tidak boleh dipaksa
Pujangga mahupun si dara

Berlagu sedih.

Bait lirik bukan tak sudi nak kongsi. 
Kata-kata bila terlampau jujur sedunia terbongkar. 
Kisah cinta aku bukan untuk promosi. 
Berlagu sedih hati umpama dalam sangkar. 


Dan aku menulis bukan untuk simpati.

Hakikat

Gua dah malas ber-Twitter, Kembali bertatih Blogger.

Bicara.

Hidup ni, niat kena betul. (Faa,2011)