Sunday, May 27, 2012

Terukir di bintang Eps.9

Keputusan semester ini sudah tidak lama lagi  untuk di hebohkan pada semua. Sudah agak lama tidak berhubung sesama kita. Malam keputusan itu, awak mulakan bicara. Indah bila nervous dikongsikan bersama. Portal memang sesak di kerumuni anak-anak muda yang tidak sabar hendak tahu keputusan peperiksaan. Telefon bimbitku akhirnya mendapat notifikasi. Email telah masuk. Tapi untuk berlaku adil, kita bersama bersetuju untuk memberitahu keputusan masing-masing, serentak. Sempat berdoa bersama. Hati bagai nak runtuh apabila keputusan semester ini, aku jatuh menjunam, markah subjek itu kita seri dan keseluruhannya awak lebih baik.

Setelah berminggu baru diri yang kau gelarkan bebal ini tahu yang sebenarnya keputusan aku meningkat sebenarnya. GPA dan CGPA aku terkeliru. Bebal. Haihhh...lupakan

Flashback lebih lama. Ingat lagi petang-petang itu, sedang kau enak di belakang rumah aku hubungi, sebab rindu. Pertama kali kau kenalkan aku pada ular peliharaan kau. Dan kau tipu ada banyak buaya jugak di sana. Aku pula tanpa segan silu merenggek agar kau pindah dari tempat itu, kan bahaya..nanti mati macam mana? Bila dah sayang, amat takut aku pada istilah, kehilangan. Sekali lagi kebebalan terserlah, aku pasti itu ular plastik! Ya, plastik. sebab kebiasaannya ular akan berbelit di tangan, tapi ular peliharaan kau melingkar sahaja, kaku. Mengaku lah cepat, itu ular mainan kan sayang?

Flashback lagi lama. Pemergian aku pulang ke Singapura, pergi membawa diri yang baru sahaja kehilangan kau. Jujur aku lari dari masalah. Bawa hati yang seribu pilu ke seberang. Dalam hati berharap, mana lah tau kau kejar aku di lapangan terbang. Oh, seperti dalam filem bukan? Aku harapkan begitu. Sedih dan air mata yang mengalir jangan kau tanya. Dalam kehilangan, aku masih takut untuk terus hilang. Bukan mudah sorokkan air mata, aku buat kerja gila naik Skyline, Sentosa Island yang tinggi itu untuk cuba sesuatu yang baru. Mungkin lepas ini, aku akan cuba Bungy Jumping pula. Mungkin tarikh kau berkahwin *Senyuman bohong* semasa ketiadaan aku di Malaysia, khabar mengejutkan tentang amaran Tsunami. Sungguh aku risau, aku risau. Rendahkan ego untuk menghubungi kau dan bertanyakan khabar. Saya takut kehilangan awak selama-lamanya, mungkinkah pemergian ku ini juga bersebab apabila tempat yang aku tuju pada esoknya juga turut mendapat amaran sedemikian. Kau agak marah apa aku degil juga harus pergi ke sana. Sayang jugak kau dekat aku kan?

Sayang, awak ingat lagi tak.........

#Episod 10

No comments:

Post a Comment