Tuesday, June 19, 2012

Lagu untuk insan-insan yang...

-Mencuba-

Jangan dipaksa berat memikirkannya
Jika kau orangnya waktu itu akan tiba
Ku mencuba
Ku tak nafikannya
Ku terkeliru kerna masa lalu
Ku tak mengerti apa diinginkan

Takutkan perhubungan
Rimaskan kongkongan
Ku memilih tak fikirkan

#Chorus
Percayalah ku mencuba
Tapi ku tidak pasti
Harap kau jangan membenci
Hubungan kita tertanya-tanya
Tiada akhirnya

Maaf, kerna ku tak maksudkannya
Bukan niat membuat kau tertunggu
Masa dan ruang turut menghimpit ku
Bukan kurangmu
Silapnya pada aku

#repeat chorus

Ku elakkan memikir
Walau tentang kita difikiran
Hubungan ini beza
Bukan seperti mereka-mereka
Ku mengerti jika kau putus asa

Walau apa jua akhirnya
Tetap sahabat selamanya
Menjadi yang mencuba tidak mudah
Hanya di tempatku kau akan tahu
Teruskan berdoa
Mohon petunjuk dari Nya

Thursday, June 7, 2012

Ini Suaraku


Kenapa lagu "Ini Suaraku" untuk Akim?
Kenapa Akim?
atau
Lagu ini sebenarnya tentang apa...

-Ini Suaraku- merupakan penulisan amateur saya.
Banyak kekurangan dan tidaklah seberapa.
Ikhlas saya tuliskan untuk Akim.
Sebab?
hehe....sebab saya minat nyanyian dialah
Tulis pun saje-saje sebenarnya.
Saya cuba selami bagaimana rasanya di tempat dia.
Saya tuliskan perkara yang mungkin dia rasakan.

-Ini Suaraku- sebenarnya saya tulis dari point of view Akim
Bermakna lirik yang saya gambarkan dia nyanyikan.
Dan bukanlah di nyanyikan oleh saya.
Sebab itu entri lepas di tulis, Untuk Akim.
dan bukan di TUJUKAN kepada Akim.
Jadi janganlah salah faham.

Kalau ada khilaf di mana-mana harap di maafkan.
Saya mungkin akan oleh liriknya sedikit nanti.
Boleh comment dan suarakan pendapat.
Saya faham jika ada yang tidak suka.
Apa pun, harap anda sudi membaca lirik -Ini Suaraku-

Setelah beberapa kali tukar tajuk, akhirnya "Ini Suaraku" telah di pilih.
Faa bagi tajuk ni bersempena tajuk Blog Akim Ahmad sendiri
"This is My Voice"

hehehe...kalau Akim nyanyikan betul-betul kan best.. *berangan*

Untuk Akim

-Ini Suaraku-

Lirik oleh : Faa Mohd


Yang ku pendam tidak terluah kata
Bukanlah mudah jadi diri ini
Manusia biasa cuma di kenali
Suram melanda siapa yang endah
Sendirian ku bangun semula

Nampak seperti ku serba tak kena 
Di tempatku kau kan tahu
Diri yang satu
Perlu bahagiakan semua
Hanya kepercayaan keluarga penguat diri
Pernahkah sekali semua dengarkan aku
Walau tak semua suka, GAFIM tetap di hati

Tentang rahsia hati ini
Lautan peminat tapi dia nyata beza
Suri hati yang luar biasa kehadirannya
Ku cinta dirinya dan hanya dia
Curi masa ku hanya untuk dia

Harap dia tersenyum namaku pemanggil di talian
Walau hubungan ini rahsia
Namun percayalah ku setia
Bila ku tahu khabar mu sayang
Hilang rasa rindu yang ada cuma rasa cinta

Sayang marilah bersama mengejar cita
Kau mengajar ku istilah inilah cinta
Ku janji akan terus menunggu
Mesti ada cinta buat kita
Walau sejauh mana kehadapan ku berlari
Tentang hati yang akhirnya dominasi

Sunday, June 3, 2012

Hoore Hoore bersama Gafimmers dan Akim


Lihatlah gambar keluarga besar Gafim yang di snap semalam, sewaktu sesi akhir menonton Filem Hoore Hoore bersama Akim dan Gafimmers. Best betul event semalam! Harap dapat join lagi kalau ada event seterusnya, sebab Gafim memang gila kentang. Dengan gelagat Akim Ahmad yang gila-gila memang menghiburkan semua yang hadir semalam. Acara bermula pukul 1 petang di TGV, KLCC. Sampai sahaja terus daftar dan dapat door gift yang comel-comel. Kemudian sempat jugak bergambar dengan Akim sebelum masuk panggung. Hehehe...jangan jealous.


Kemudiannya masuk panggung dan wayang bermula dalam pukul 2 petang. Dup dap dup dap hati ini bila Akim duduk dua kerusi di sebelah saya, sebabkan dua kerusi itu kosong jadi adakalanya saya curi-curi lah tengok Akim dalam wayang. Hehehe.. Walau Johari ada di hadapan layar, tapi Akim yang real ada betul-betul di sebelah saya. Filem Hoore Hoore memang patut di tonton, bukan lah sebab Akim watak utama dan faa pulak memang peminat dia, tapi filem ini mempunyai dialog-dialog yang amat indah dan bagus untuk penonton. Skripnya simple dan mudah di fahami. Lagu-lagu Arwah Sudirman juga didendangkan dengan cukup indah oleh para pelakonnya. Pengakhiran cerita juga menyampaikan message-message dan teladan kepada penonton. Kalau ada orang belanja, saya akan tengok lagi dengan Akim, Eh! hehehe...

Ini pula sesi bergambar bersama Hero dan Heroin Filem Hoore Hoore

Selepas menonton filem dan sesi bergambar, ada juga Gafim menyelitkan sesi jawab menjawab kuiz. Ada hadiah istimewa dari pihak produksi Hoore Hoore. Alhamdulillah, rezeki saya dapat jawab soalan yang diajukan oleh Akim dan saya menang.


Soalan Akim : Apakah dialog yang dikatakan oleh kawan Johari pada scene mandi-mandi itu.
*lebih kurang macam ni soalan nya, saya tak berapa ingat*
Jawapan faa : Aku ketak dohh..
Akim : betul!!!!
Tapi bila tengok balik preview Hoore Hoore di Tv, sebenarnya jawapan saya salah sikit. hehehe.
Jawapan sebenar : Aku ketak babe!

Kemudian beralih pula pada sesi autograph dan bergambar bersama para pelakon. Mula-mula memang tak tahu nak bagi Akim sign apa, pastu teringat beg yang menang tadi, so Akim pun sign kan beg serta poster Hoore Hoore untuk saya. Tak sangka Akim siap lukis Love dekat nama saya *blushing*


Tapi tu tak cukup gugur jantung lagi...bila Akim sign dekat Blackberry Torch saya lagi lah happy! Dekat phone pun Akim sign kan kepada Faa <3


Mummy masih belum tahu yang phone faa dah ada sign, kalau tahu nanti..habislah saya =P


Selepas selesai sesi bergambar dengan semua Gafimmers, Akim ada juga melawak dengan menari-menari secara gediknya dan menyanyi lagu Sedetik Lebih. Secara keseluruhan memang best event semalam. Rugi sangat siapa tak join. Kalau ada jodoh harap dapat berjumpa lagi dengan semua *wink pada Akim*

Thanks kepada Kak Sally, Kicuk, Chah, Kak Za dan Gaffimers-gaffimers semua untuk event semalam.
Banyak lagi gambar boleh di lihat di facebook saya =)

Terukir di bintang Eps.10

Sayang, awak ingat lagi tak malam itu kita sama-sama ingin bertemu di Paris, berduaan. Berada di puncak, walau hanya dalam mimpi. Mungkin rindu antara satu sama lain yang membuatkan kita sebegitu malam itu. Seolah-olah, macam akhirnya pada malam itu, saya merasa begitu dekat dengan awak setelah dua bulan kita renggang. Bukan tidak berhubung sepanjang cuti, cuma hanya malam itu awak mendengar apa yang saya mahu bicarakan dan saya bebas berangan-angan dan merasa begitu dekat dengan awak. Insan yang sememangnya begitu lama telah saya hilang, atau sebetulnya tidak pernah saya miliki sebenarnya. Ya, itulah dari mula. Anggap sahaja semua episod-episod ini penipuan dan hanya perkara semalam. Esok hari bangun dan anggap semuanya perkara lalu yang tidak penting untuk dikenang. Ini adalah perkara mudah yang awak sering lakukan bukan?

Cukup sampai sini cinta saya pada awak. Semalam saya telah membodohkan diri kerana cinta, Hari ini saya masih bodoh kerana cinta, Adakah esok saya akan kekal bodoh kerana cinta. TIDAK. Itu jawapan saya. Berhenti dari terus menerus menjadi bodoh kerana cinta. Menyayangi dan terus menunggu awak yang hanya menganggap saya insan ke 3988 dalam hidup awak. Ia tidak adil, kerana awak sentiasa menjadi yang penting dalam hidup saya..awak tahu tentang itu, tapi masih dengan ego dalam diri awak. Saya dah tak boleh hidup dalam bayangan kepura-puraan awak. Kesilapan yang menjadi rahsia, akhirnya menjadi penipuan. Sampai bila saya harus terjerat dalam kancah ini. Argghhh..persetankan semua ini. Aku tidak mahu terlibat lagi. Aku bukanlah begitu baik untuk mengubah dunia. Aku mahu jadi Aku yang baru. Rasa sayang memang dah lama hilang, cuma ada perasaan jahat dalam diri yang menghalang. Tapi kini, saya cukup bebesar hati untuk melepaskan awak pergi. Saya bukan sahaja mahu buka buku baru, tapi saya mahu mulakan hidup yang baru. Saya yang serba baru. Walau masih tiada orang yang baru, tapi saya cukup bahagia benar dengan kehidupan solo yang saya lalui hari-hari. Santai dan cukup indah. Belum ada insan yang ternyata Extremely Awesome dan berjaya tawan hati saya. Hati ini pun masih belum sedia untuk terjun ke alam cinta tapi janji saya tetap, saya tidak akan putus asa dalam cinta. Mencari seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri apa yang saya dambakan. Bila bersama awak, saya korbankan semua ciri-ciri itu dan terima apa adanya, dan akhirnya..ini yang awak balas. Apa lagi sebab untuk saya terus menunggu kan? Kenangan kita berdua selama ini yang mungkin membuatkan saya terus terpukau dan sayang untuk melepaskan awak pergi, tapi itu semua penipuan bukan? Jadi untuk apa lagi.

Lega rasanya bila kepala otak ini tidak perlu lagi memikirkan benda-benda yang tak patut. Tidak perlu lagi saya hiraukan awak, tidak perlu lagi saya risaukan awak, tidak perlu lagi saya endahkan kata-kata awak, tak perlu. Saya ada hidup saya sendiri, dan awak bukan lagi salah satu yang penting kini. Awak dah pergi sekali ni, awak tolong jangan datang balik dalam hidup saya. Jangan diizinkan hati ini untuk jadi bodoh lagi. Saya tinggalkan awak di stesen terakhir ini. Berkawan ya, berkawan baik itu saya tidak pasti. Sebab itu akan mendorong saya untuk perkara-perkara bodoh lagi. Jadi, saya mahu jadi lebih pentingkan diri saat ini. Awak tidak takut kehilangan saya kan? Awak memang langsung tidak mahukan saya lagi kan? dan awak sememangnya tidak akan menarik kembali lengan saya bukan? Jadi, cukup sampai sini. Kisah 17 Januari kita tamatkan pada 3 Jun 2012.

Terukir di bintang yang saya hadiahkan kini saya gantikan dengan Merisik Khabar.

Saya mulanya fikir, ianya mustahil untuk saya teruskan hidup tanpa awak, ternyata saya silap. Saya percaya, saya akan bahagia dengan jodoh saya, suatu hari nanti. Kerana dengan izinNya tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Jalanilah hidup awak dengan cara yang awak pilih, sebab jika awak sesalinya suatu hari nanti, sekurang-kurangnya awak tidak akan menyalahkan orang lain nanti, sebab itu, jalan yang awak sendiri putuskan untuk pilih. Saya maafkan segala salah silap awak terhadap saya. Saya harap awak juga maafkan saya. Saya hanya menulis kesemua 10 episod ini untuk saya lupakan semuanya tentang kita. Andai suatu hari nanti awak bacakan semua ini, tapi saya tak pasti samada awak sudi bacakan kesemuanya, cuma saya harap...awak hargailah cinta. Hargai insan yang bakal cintakan diri awak, lebih dari saya cintakan awak..sebab perkara itu tidak mudah. Cukuplah sekali awak sia-siakan saya, dan jangan awak persiakan insan lain. Janji? Akhir kata dari saya, awak lihatlah gambar-gambar sepanjang kita bersama bila rindukan saya, jangan dipadam semua gambar-gambar itu. Selamat tinggal.

p/s: Cik Siput tidak mahu awak berhenti dalam minat melukis awak.

#Episod Akhir.

Saturday, June 2, 2012

Anje

Awak di sebelah saya..
Seperti tidak mahu mata ini berkelip walau sesaat agar hilang kerinduan

Awak di hadapan saya..
Cukup dekat, tetapi tidak mampu untuk saya gapai dan miliki

Awak di hati saya..
Tetapi mustahil untuk saya rasa cinta dari awak..ingin sentuh tetapi terhalang

Senyuman awak, tidak pernah gagal mencuri hati saya
Ketawa awak, cukup mempersonakan hati saya
Suara awak, cukup indah serak basahnya bagi halwa telinga saya
Telatah awak, cukup buat saya tertawa bahagia dan turut sama menggila

Awak memang ada ciri-ciri yang saya impikan, akan tetapi siapalah saya untuk mendampingi awak :)