Sunday, June 3, 2012

Terukir di bintang Eps.10

Sayang, awak ingat lagi tak malam itu kita sama-sama ingin bertemu di Paris, berduaan. Berada di puncak, walau hanya dalam mimpi. Mungkin rindu antara satu sama lain yang membuatkan kita sebegitu malam itu. Seolah-olah, macam akhirnya pada malam itu, saya merasa begitu dekat dengan awak setelah dua bulan kita renggang. Bukan tidak berhubung sepanjang cuti, cuma hanya malam itu awak mendengar apa yang saya mahu bicarakan dan saya bebas berangan-angan dan merasa begitu dekat dengan awak. Insan yang sememangnya begitu lama telah saya hilang, atau sebetulnya tidak pernah saya miliki sebenarnya. Ya, itulah dari mula. Anggap sahaja semua episod-episod ini penipuan dan hanya perkara semalam. Esok hari bangun dan anggap semuanya perkara lalu yang tidak penting untuk dikenang. Ini adalah perkara mudah yang awak sering lakukan bukan?

Cukup sampai sini cinta saya pada awak. Semalam saya telah membodohkan diri kerana cinta, Hari ini saya masih bodoh kerana cinta, Adakah esok saya akan kekal bodoh kerana cinta. TIDAK. Itu jawapan saya. Berhenti dari terus menerus menjadi bodoh kerana cinta. Menyayangi dan terus menunggu awak yang hanya menganggap saya insan ke 3988 dalam hidup awak. Ia tidak adil, kerana awak sentiasa menjadi yang penting dalam hidup saya..awak tahu tentang itu, tapi masih dengan ego dalam diri awak. Saya dah tak boleh hidup dalam bayangan kepura-puraan awak. Kesilapan yang menjadi rahsia, akhirnya menjadi penipuan. Sampai bila saya harus terjerat dalam kancah ini. Argghhh..persetankan semua ini. Aku tidak mahu terlibat lagi. Aku bukanlah begitu baik untuk mengubah dunia. Aku mahu jadi Aku yang baru. Rasa sayang memang dah lama hilang, cuma ada perasaan jahat dalam diri yang menghalang. Tapi kini, saya cukup bebesar hati untuk melepaskan awak pergi. Saya bukan sahaja mahu buka buku baru, tapi saya mahu mulakan hidup yang baru. Saya yang serba baru. Walau masih tiada orang yang baru, tapi saya cukup bahagia benar dengan kehidupan solo yang saya lalui hari-hari. Santai dan cukup indah. Belum ada insan yang ternyata Extremely Awesome dan berjaya tawan hati saya. Hati ini pun masih belum sedia untuk terjun ke alam cinta tapi janji saya tetap, saya tidak akan putus asa dalam cinta. Mencari seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri apa yang saya dambakan. Bila bersama awak, saya korbankan semua ciri-ciri itu dan terima apa adanya, dan akhirnya..ini yang awak balas. Apa lagi sebab untuk saya terus menunggu kan? Kenangan kita berdua selama ini yang mungkin membuatkan saya terus terpukau dan sayang untuk melepaskan awak pergi, tapi itu semua penipuan bukan? Jadi untuk apa lagi.

Lega rasanya bila kepala otak ini tidak perlu lagi memikirkan benda-benda yang tak patut. Tidak perlu lagi saya hiraukan awak, tidak perlu lagi saya risaukan awak, tidak perlu lagi saya endahkan kata-kata awak, tak perlu. Saya ada hidup saya sendiri, dan awak bukan lagi salah satu yang penting kini. Awak dah pergi sekali ni, awak tolong jangan datang balik dalam hidup saya. Jangan diizinkan hati ini untuk jadi bodoh lagi. Saya tinggalkan awak di stesen terakhir ini. Berkawan ya, berkawan baik itu saya tidak pasti. Sebab itu akan mendorong saya untuk perkara-perkara bodoh lagi. Jadi, saya mahu jadi lebih pentingkan diri saat ini. Awak tidak takut kehilangan saya kan? Awak memang langsung tidak mahukan saya lagi kan? dan awak sememangnya tidak akan menarik kembali lengan saya bukan? Jadi, cukup sampai sini. Kisah 17 Januari kita tamatkan pada 3 Jun 2012.

Terukir di bintang yang saya hadiahkan kini saya gantikan dengan Merisik Khabar.

Saya mulanya fikir, ianya mustahil untuk saya teruskan hidup tanpa awak, ternyata saya silap. Saya percaya, saya akan bahagia dengan jodoh saya, suatu hari nanti. Kerana dengan izinNya tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Jalanilah hidup awak dengan cara yang awak pilih, sebab jika awak sesalinya suatu hari nanti, sekurang-kurangnya awak tidak akan menyalahkan orang lain nanti, sebab itu, jalan yang awak sendiri putuskan untuk pilih. Saya maafkan segala salah silap awak terhadap saya. Saya harap awak juga maafkan saya. Saya hanya menulis kesemua 10 episod ini untuk saya lupakan semuanya tentang kita. Andai suatu hari nanti awak bacakan semua ini, tapi saya tak pasti samada awak sudi bacakan kesemuanya, cuma saya harap...awak hargailah cinta. Hargai insan yang bakal cintakan diri awak, lebih dari saya cintakan awak..sebab perkara itu tidak mudah. Cukuplah sekali awak sia-siakan saya, dan jangan awak persiakan insan lain. Janji? Akhir kata dari saya, awak lihatlah gambar-gambar sepanjang kita bersama bila rindukan saya, jangan dipadam semua gambar-gambar itu. Selamat tinggal.

p/s: Cik Siput tidak mahu awak berhenti dalam minat melukis awak.

#Episod Akhir.

No comments:

Post a Comment